Tuesday, January 25, 2011

Dimanakah Cinta..?


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya ketika gurunya sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : “Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayng tue nak berkekalan?.”

Cikgu : “Ok, kamu ikut apa yang saya arahkan. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik rumput yang PALING CANTIK, bawa ke kelas.”

Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu itu bertanya..

Cikgu : “Kenapa tiada rumput yang kamu pilih?.”

Pelajar : “Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ader banyak yang cantik, tapi cikgu suruh pilih yang PALING CANTIK, lalu saya terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING CANTIK. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang PALING CANTIK, tapi cikgu dah cakap tak boleh toleh ke belakang, maka tiada lah rumput yang boleh saya petik.”

Cikgu : “Ya. Itulah jawapannya, maknanya, apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang terjadi tetap sudah terjadi. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang kita sayang itulah yang PALING CANTIK DAN TERBAIK. Walaupun, jika diikutkan, lebih banyak yang lagi cantik dan baik daripada yang kita miliki itu ”...

***macam tu jugak CINTA...HARGAILAH orang yg bersama kita...Jangan sesekali menyakiti perasaan dia..kerana kejujuran dan keikhlasan sukar tuk dicari ganti...










No comments:

Post a Comment